Penerangan
02 Mac 2021, PONTIAN,JOHOR - Rondaan bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT)diteruskan dan tumpuan kali ini di dalam Daerah Pontian. Masih terdapat orang awam / premis yang melakukan aktiviti pembakaran terbuka. Tindakan mengkompaun kesalahan telah diambil oleh Penguatkuasa JAS Johor.
Justeru itu, orang awam dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka atau boleh dikenakan tindakan kompaun maksimum RM2,000.00 di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.