Penerangan
1 Mac 2021,PONTIAN :Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan rondaan dan siasatan susulan kes kejadian kebakaran tanah persendirian di Pontian, Johor . Kebakaran tersebut masih belum dapat dipadamkan sepenuhnya. Jabatan BOMBA dan Penyelamat masih giat melakukan pemadaman. Punca kebakaran dan carian pemilik tanah tersebut masih dalam siasatan.
Orang ramai terutamanya penduduk di sekitar Negeri Johor dinasihatkan untuk memberhentikan amalan pembakaran terbuka kerana cuaca panas dan kering menyebabkan pembakaran terbuka sukar dikawal. Pembakaran terbuka merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000 dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.