PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Infrastruktur JAS|Kes-kes Alam Sekitar

KETUA PENGARAH ALAM SEKITAR TURUN PADANG KE KAWASAN KEBAKARAN TANAH GAMBUT DI MUAR, JOHOR

DOE Johor 31/03/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KETUA PENGARAH ALAM SEKITAR TURUN PADANG KE KAWASAN KEBAKARAN TANAH GAMBUT DI MUAR, JOHOR
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/03/2021
Organisasi
DOE Johor

Penerangan

27 Februari 2021, MUAR - Ketua Pengarah Alam Sekitar, Puan Norlin Jaafar telah turun padang ke kawasan tanah gambut yang terbakar di Kampung Parit Zin, Mukim Ayer Hitam, Muar, Johor. Petugas-petugas dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Muar, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Perhutanan, JAS, Pejabat Hutan Renj Muar, Jabatan Pengairan dan Saliran daerah Muar, Jabatan Kerja Raya Daerah Muar dan Pejabat Pegawai Daerah Muar serta sukarelawan sedang bertungkus lumus memadamkan kebakaran di kampung tersebut supaya tidak merebak ke Hutan Simpan Air Hitam Utara berhampiran. Ketua Pengarah Alam Sekitar juga memeriksa infra tanah gambut di Kampung Parit Jono, Muar iaitu check dam dan tube well agar beroperasi dengan baik dalam cuaca panas dan kering ini. Lawatan kerja tersebut turut disertai Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAS, Pengarah Penguatkuasa JAS, Pengarah JAS Johor bersama pegawai-pegawai JAS ibu pejabat dan negeri.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan