Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPERASI RONDAAN & PEMANTAUAN PREMIS DI KAWASAN PERINDUSTRIAN TANJUNG LANGSAT
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 31/03/2021
- Organisasi
- DOE Johor
Penerangan
27 Februari 2021 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor Cawangan Pasir Gudang menjalankan rondaan dan pemantauan premis di sekitar Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat.
Rondaan dan pemantauan dijalankan pada waktu malam bagi memastikan premis sentiasa patuh sepanjang masa kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.
Pemeriksaan juga dijalankan ke atas premis dan arahan dilapangan dikeluarkan bagi kegagalan pematuhan di bawah Peraturan- Peraturan (Buangan Terjadual) 2005.