Penerangan
Mesyuarat Jawatankuasa Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal dan Elektronik (BEE) Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan pada 11 Mac 2021 bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak. Jawatankuasa Kempen BEE Peringkat Negeri Sarawak terdiri daripada JAS Sarawak, NREB Sarawak, Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Sarawak, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Dewan Bandaraya Kuching Utara, Majlis Bandaraya Kuching Selatan dan Lembaga Kemajuan Bintulu.