PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

PROGRAM ENGAGEMENT DAN PENYERAHAN LESEN KEPADA PIHAK PENGURUSAN KILANG GETAH MARDEC SDN.BHD. OLEH JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 28/03/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM ENGAGEMENT DAN PENYERAHAN LESEN KEPADA PIHAK PENGURUSAN KILANG GETAH MARDEC SDN.BHD. OLEH JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
28/03/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

28 Mac 2021- Kuala Terengganu, Terengganu.  Hari ini Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, YBrs Encik Ramli bin Abd. Rahman telah mempengerusikan sesi kolaborasi dan majlis penyerahan lesen kepada pihak pengurusan Kilang Getah Mardec Sdn .Bhd. Matlamat utama program ini adalah untuk memberi penerangan kepada pihak kilang berkenaan dengan hal-hal berkaitan perlesenan termasuk pematuhan premis bagi tempoh lesen 2020/2021 dan juga perundangan-perundangan terkini berkaitan perlesenan. Selain daripada itu, melalui sesi soal jawab yang diaturkan di dalam program ini juga telah  menyediakan platform kepada pihak kilang untuk mengutarakan sebarang pertanyaan atau pendapat kepada pihak Jabatan berkenaan dengan perkara yang dibincangkan dan juga isu-isu yang timbul berkaitan dengan alam sekitar

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan