PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

JOM TURUN SUNGAI - GOTONG ROYONG DENAI SUNGAI SEKILIR, KEMASIK, SEMPENA HARI AIR SEDUNIA-JAS NEGERI TERENGGANU

DOE Terengganu 27/03/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JOM TURUN SUNGAI - GOTONG ROYONG DENAI SUNGAI SEKILIR, KEMASIK, SEMPENA HARI AIR SEDUNIA-JAS NEGERI TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
27/03/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

JOM TURUN SUNGAI - GOTONG ROYONG DENAI SUNGAI SEKILIR, KEMASIK, SEMPENA HARI AIR SEDUNIA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU  Pada 27 Mac 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Hari ini secara serentak, Jabatan Alam Sekitar telah menganjurkan program Jom Turun Sungai di sebanyak 33 lokasi di seluruh negara. Daripada 33 lokasi ini, 29 lokasi adalah penganjuran bersama antara Jabatan Alam Sekitar, Rakan Strategik dan Rakan Alam Sekitar. Manakala 4 lokasi pula adalah penganjuran bersama antara Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JAS), dan komuniti setempat. Anggaran panjang sungai yang terlibat dalam program anjuran Jabatan Alam Sekitar ialah 35km. Di Peringkat Negeri Terengganu, JAS  bersama JPS Negeri yang bertindak sebagai penyelaras program telah memilih Sungai Sekelir, Kemasik sepanjang 500 meter untuk melaksanakan program gotong royong ini.  Program ini  telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar , Menteri Besar Terengganu. Antara masej daripada ucapan perasmian YAB Menteri Besar adalah nikmat air bukan sahaja Anugerah Ilahi bahkan ianya merupakan amanah kepada kita untuk memeliharanya daripada tercemar demi kehidupan sejagat.  Boleh bayangkan hidup kite tanpa air. Sama-sama kita berusaha tingkatkan kesedaran akan kepentingan penjagaan air dengan menggunakan secara berkhemah.   Aktiviti utama yang telah dilaksanakan di dalam program jom turun sungai ini ialah program gotong royong membersih kawasan denai sungai, mengutip sampah, mengecat pagar sungai, pemantauan denai sungai menggunakan drone dan tanaman pokok. Pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan, Pihak Industri, Komuniti Setempat dan Ahli  Rakan Alam Sekitar telah sama-sama menyertai program ini yang telah dapat dianjurkan dengan  lancar dan berjaya.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan