Penerangan
TARIKH: 23 Mac 2021
MASA : 10.30 am - 12.30 pm
LOKASI: Plaza Tol Rawang, Batu Arang
Unit Kenderaan Bermotor Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah mengeluarkan tawaran kompaun bagi kesalahan melepaskan asap melebihi had ketumpatan yang dibenarkan iaitu 50% di bawah Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel), 1996 , Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang mengarahkan pemilik kenderaan menjalani ujian semula pelepasan asap di PUSPAKOM dan Perintah Larangan di bawah Peraturan 12, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel), 1996 kerana melepaskan asap dengan ketumpatan melebihi 70%.
Di dalam Operasi bersepadu Ops Gerak yang dijalankan bersama-sama Caw Peronda Lebuhraya Zon Tengah A1 (Sg Buloh-Tg Malim), JSPT Bukit Aman
dan JPJ Caw Wangsa Maju .
Sejumlah buah kenderaan diesel dan petrol telah diperhatikan dan ditahan untuk diuji pelepasan asap secara visual dan daripada jumlah itu, kenderaan diarahkan untuk diuji menggunakan meter asap.