Penerangan
MESYUARAT PENYELARASAN AKTIVITI KESEDARAN ALAM SEKITAR DI SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG RAMAI KUALA PERLIS, PERLIS
Perlis, 9 Mac 2021 – Satu Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Kesedaran Alam Sekitar antara Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis dan pengurusan SK Seberang Ramai telah diadakan di SK Seberang Ramai, Kuala Perlis. Mesyuarat bertujuan membincangkan aktiviti yang boleh dijalankan secara bersama antara kedua-dua pihak. turut dibincangkan adalah berkenaan penganugerahan Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar.
Adalah menjadi harapan agar aktiviti kesedaran alam sekitar dapat dilaksanakan di sekolah agar ianya dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada warga sekolah dan masyarakat setempat khususnya berkaitan alam sekitar.