PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

CERAMAH ALAM SEKITAR SEMPENA PROGRAM ISLAH UMMAH DI MASJID AL RAHMANIAH KUALA PERLIS

DOE Perlis 25/03/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
CERAMAH ALAM SEKITAR SEMPENA PROGRAM ISLAH UMMAH DI MASJID AL RAHMANIAH KUALA PERLIS
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
25/03/2021
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

CERAMAH ALAM SEKITAR SEMPENA PROGRAM ISLAH UMMAH DI MASJID AL RAHMANIAH KUALA PERLIS, PERLIS Perlis, 19 Mac 2021 – Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah dijemput untuk menyampaikan ceramah dan perkongsian ilmu 30 minit sebelum Solat Jumaat kepada penduduk kariah sekitar Masjid Al Rahmaniah, Kuala Perlis. Program anjuran Majlis Agama Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS) ini diadakan untuk memberi pendidikan dan kesedaran berkaitan alam sekitar kepada komuniti setempat. Ceramah telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis Tuan Azman Shah Bin Ismail. Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik serta pameran juga dilaksanakan bagi memberi pendedahan tentang kepentingan dalam pengendalian buangan elektrik dan elektronik dari isi rumah kepada penduduk setempat. Adalah menjadi harapan program seumpama ini dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada masyarakat setempat khususnya berkaitan alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan