Penerangan
OPERASI GEMPUR BIL 3/2021
DI KAWASAN PERINDUSTRIAN BUKIT KETERI,PERLIS
16 Mac 2021, KANGAR – Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah menjalankan Operasi Bersepadu bersama-sama agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan di sekitar kawasan Perindustrian Bukit Keteri. Antara agensi yang hadir adalah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis, Jabatan Pertanian, Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Negeri Perlis.
Operasi yang dijalankan ini memfokuskan pelbagai kesalahan yang berlaku yang dilakukan oleh premis sekitar mengikut bidangkuasa masing-masing. Kesepakatan dan muafakat yang ditunjukkan antara agensi menunjukkan komitmen tinggi dalam menyelesaikan pelbagai masalah rakyat yang dihadapi. Semoga kerjasama erat ini terus mantap dan diperkukuhkan lagi.