Penerangan
OPERASI PENGUATKUASAAN / RONDAAN PEMANTAUAN SELEPAS WAKTU PEJABAT
11 Mac 2021- Operasi ini adalah bertujuan untuk pemantauan aduan seperti pembakaran terbuka, pelepasan effluen dari industri dan lain-lain aduan pencemaran. Pemantauan diadakan menumpukan kepada kes pembakaran terbuka dan hotspot, suka diingatkan walaupun pembakaran jerami padi dikategorikan sebagai aktiviti yang diisytiharkan tetapi masih tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan ini. Pelanggaran syarat tersebut mendedahkan pelaku kesalahan kepada tindakan undang-undang. Diharapkan dengan keberadaan Pihak JAS dapat mengurangkan kadar aduan pencemaran yang diterima bagi menjaga kualiti alam sekitar agar sentiasa berada dalam keadaan baik. Ops ini telah berjaya dilaksanakan dengan meningkatnya pematuhan semasa dan mencapai objektifnya. Siri penguatkuasaan akan terus dijalankan sepanjang masa.