Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Latihan pemakaian sistem pengurusan dan pemantauan industri hijau ( SPPIH) Jabatan Alam Sekitar bagi pengisian maklumat borang audit pengeluaran bersih secara atas talian pada 22 Mac 2021 bertempat di Bilik Teratai Jabatan Alam Sekitar Malaysia
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 23/03/2021
- Organisasi
- DOE WP Putrajaya
Penerangan
Program latihan hands - on dan bengkel sistem pengurusan dan pemantauan industri hijau ( SPPIH) Jabatan Alam Sekitar pada 22 Mac 2021 bertempat di Bilik Teratai Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Pengeluaran bersih merupakan aplikasi berterusan strategi alam sekitar bersepadu yang diaplikasikan kepada proses, produk dan perkhidmatan untuk meningkatkan kecekapan eko dan mengurangkan risiko kepada manusia dan alam sekitar.
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada seluruh pegawai JAS berkenaan sistem ini. Bnegkel ini dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat. Seramai 15 peserta dari Bahagian Penguatkuasa dan Bahagian Teknologi Maklumat menyertai bengkel ini secara fizikal dan seramai 70 oarang peserta menyertai secara maya. ( Aplikasi Zoom)