Penerangan
OPERASI GERAK KENDERAAN PERDAGANGAN BIL 6/2021 JAS NEGERI SEMBILAN DENGAN KERJASAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA
13 Mac 2021, Jelebu - Pasukan Unit Kenderaan Bermotor, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah menjalankan Operasi Gerak Kenderaan Perdagangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu, Negeri Sembilan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Operasi telah dijalankan ke atas kenderaan berenjin diesel. Maklumat operasi adalah seperti berikut:
Kenderaan diesel:
Pemerhatian - 80 buah
Visual - 35 buah
Ujian meter - 15 buah
Notis Arahan - 8 notis arah uji semula
Kompaun - 1