PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU OLEH UNIT KENDERAAN BERMOTOR JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 20/03/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU OLEH UNIT KENDERAAN BERMOTOR JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
20/03/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

4 Mac 2021-Kuala Terengganu, Terengganu. Pasukan Penguatkuasa JAS Terengganu terus giat menjalankan operasi bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cawangan Trafik, Dungun. Lokasi penguatkuasaan di Km. 67, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, daerah Dungun. Walaupun hari ini merupakan Cuti Umum Sempena Ulang Tahun Pertabalan KDYMM Sultan Terengganu, kerjasama ini terus dilaksanakan. Unit Drone JAS Terengganu turut membantu memantau operasi ini dari udara bagi melancarkan operasi bersepadu ini. JAS Terengganu dengan kekuatan anggota seramai 6 orang dan PDRM seramai 5 orang telah menumpukan kepada penguatkuasaan bunyi bising keatas kenderaan motosikal yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987. Hasil operasi ini sebanyak 70 buah kenderaan bermotor telah melalui pemerhatian visual dan 8 buah melalui ujian meter. Daripada jumlah tersebut satu tawaran kompaun dan satu Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 telah dikeluarkan. JAS Terengganu akan terus melaksanakan kerjasama ini dalam memastikan pencemaran bunyi bising daripada kenderaan bermotor ini dapat ditangani bersama.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan