Penerangan
17 Mac 2021, KUALA KANGSAR - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menghadiri Mesyuarat Penglibatan Kumpulan Sasar (FGD) Peringkat Draf Awal Rancangan Tempatan yang dianjurkan oleh PLANMalaysia di Kuala Kangsar pada hari ini.
Tujuan mesyuarat ini dijalankan adalah sebagai platform perbincangan kumpulan sasar di kalangan agensi kerajaan dan persekutuan bagi draf awal penggantian Rancangan Tempatan Daerah Kuala Kangsar 2035.