Penerangan
16 Mac 2021, IPOH – Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak bersama 4 agensi teknikal seperti Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Perak, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak dan PLANMalaysia@Perak telah menjalankan Mesyuarat Kajian Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) bagi Projek Penanaman Ladang Hutan di dalam Daerah Larut Matang dan Selama.
Pembentangan projek telah disampaikan oleh pemaju dan jururunding projek di dalam mesyuarat ini yang dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah JAS Perak, Encik Muhamad Rizal Ramli.