PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS BERSEPADU GEMPUR PENGUSAHA PROJEK PEMBANGUNAN LADANG HUTAN

DOE Perak 17/03/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS BERSEPADU GEMPUR PENGUSAHA PROJEK PEMBANGUNAN LADANG HUTAN
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
17/03/2021
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

5 Mac 2021, IPOH – Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dengan kerjasama 5 agensi kerajaan seperti Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Perak, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak dan Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Perak & Kedah telah menjalankan Operasi (Ops) Penguatkuasaan Secara Bersepadu Menggempur Pemaju Projek Pembangunan Ladang Hutan bermula 22 hingga 26 Februari 2021 yang lalu. Ops penguatkuasaan ini telah diketuai oleh Pengarah JAS Perak, Haji Rosli bin Zul yang melibatkan 8 pasukan penguatkuasa yang terdiri daripada 30 orang pegawai dari seluruh JAS Perak dan cawangan. Sebanyak 8 projek pembangunan ladang hutan yang tertakluk di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling Aktiviti Yang Ditetapkan EIA 2015 telah diberi tumpuan di dalam Ops kali ini di mana ia terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Korbu, Hutan Simpan Piah, Hutan Simpan Kenderong dan Hutan Simpan Gunung Besout. Hasil operasi penguatkuasaan ini, JAS Perak telah menemui pelbagai kesalahan yang membawa kepada tindakan perundangan seperti 1 perintah berhenti kerja, 7 kertas siasatan, 8 notis, 7 kompaun dan 8 arahan di lapangan. Ops ini akan terus dilaksanakan bagi memastikan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan memberi mesej kepada semua pihak bahawa Jabatan Alam Sekitar dan agensi-agensi berkaitan serius dan komited dalam mengambil tindakan terhadap pesalah-pesalah alam sekitar khususnya pihak pemaju projek bagi memastikan pihak pemaju menjalankan operasi dan kerja-kerja tanah mengikut kehendak perundangan yang telah ditetapkan dan memastikan kepentingan alam sekitar diberi perhatian serius oleh pihak-pihak berkenaan. Ingin ditegaskan bahawa mana-mana pihak yang didapati melanggar kehendak perundangan alam sekitar dari operasi ini akan dipantau dengan lebih dekat lagi oleh JAS dan dikehendaki melaksanakan tindakan pembaikan dengan kadar segera.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan