Penerangan
7 Mac 2021, TANJONG MALIM - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak bersama PDRM Mualim telah menjalankan satu operasi bersepadu khas bagi penguatkuasaan ke atas bunyi bising kenderaan jenis motosikal.
Ops kali ini telah berjaya menghasilkan 2 pemeriksaan menggunakan meter bunyi bising dan 1 notis di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Orang ramai adalah diingatkan supaya tidak mempunyai niat mengubahsuai ekzos motosikal sehingga menyebabkan pelepasan bunyi melebihi had yang dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.