Penerangan
15 Mac 2021, IPOH – Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka tetap diteruskan oleh penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perak pada hujung minggu bertarikh 13 dan 14 Mac 2021 yang lalu. Kali ini tumpuan Ops adalah di seluruh pelusuk kawasan Kinta.
Orang ramai khususnya penduduk Perak adalah diingatkan supaya memberhentikan amalan pembakaran terbuka kerana ia merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.
JAS Perak juga berharap orang ramai juga boleh melaporkan kes-kes yang melibatkan pembakaran terbuka kepada Jabatan BOMBA dan Penyelamat di talian 999 atau talian bebas tol 1-800-88-994 dan SMS 03-88880964.