PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS GERAK BERSEPADU JAS PERAK BERSAMA PDRM & JPJ

DOE Perak 17/03/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS GERAK BERSEPADU JAS PERAK BERSAMA PDRM & JPJ
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
17/03/2021
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

12 Mac 2021, KANTHAN – Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak bersama 2 agensi penguatkuasa di Perak iaitu PDRM Sg. Siput (U) dan JPJ telah menjalankan sekatan jalanraya dalam satu Operasi Bersepadu di KM 22, Jalan Kuala Kangsar – Ipoh pada hari ini. Tumpuan Ops kali ini adalah memfokuskan pemeriksaan terhadap kenderaan berenjin diesel. Dalam operasi ini sebanyak 30 ujian visual dan 11 ujian meter dilaksanakan terhadap kenderaan yang ditahan, 8 Perintah Larangan, 9 Notis Arahan dan 9 kompaun telah dikeluarkan ke atas kenderaan yang tidak patuh di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Seramai 8 orang pegawai dari JAS Perak, 10 orang pegawai dari PDRM dan 4 orang pegawai JPJ telah terlibat dalam operasi tersebut. Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 kerana kesalahan ini boleh dikompaun sebanyak RM 2,000.00 sekiranya diuji melebihi had pelepasan asap yang dibenarkan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan