Penerangan
10 Mac 2021, BAGAN SERAI - JAS Perak telah menjalankan pameran bertemakan e-waste di dalam program Menteri Besar Perak Bersama Rakyat (MESRA) Daerah Kerian di Dewan Dato' Zainal Abidin Zin, Kampung Alor Senggut, Bagan Serai.
.
Antara pengisian aktiviti yang dijalankan semasa pameran berlangsung adalah penerangan perkara-perkara berkaitan e-waste dan cara pelupusannya serta pendaftaran Rakan Alam Sekitar.
.
Sebanyak 24 agensi kerajaan dan badan berkanun telah menyertai pameran di dalam program MESRA ini.