PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

JAS PERAK SERTAI SESI DIALOG BERSAMA PENGUSAHA PROJEK PEMBANGUNAN LADANG HUTAN SEMPENA HARI HUTAN SEDUNIA

DOE Perak 12/03/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS PERAK SERTAI SESI DIALOG BERSAMA PENGUSAHA PROJEK PEMBANGUNAN LADANG HUTAN SEMPENA HARI HUTAN SEDUNIA
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
12/03/2021
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

4 Mac 2021, IPOH – JAS Perak telah menyertai sesi dialog bersama pengusaha projek pembangunan ladang hutan anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Perak pada hari ini bertempat di Auditorium Jabatan Perhutanan Negeri Perak. Turut hadir bersama di dalam sesi dialog ini adalah YB Encik Mohd Akmal Bin Kamarudin, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak. Di dalam sesi dialog tersebut Pengarah JAS Perak, Haji Rosli Bin Zul telah membentangkan perkara-perkara berkaitan penemuan hasil Operasi Penguatkuasaan bagi Projek Pembangunan Ladang Hutan yang tertakluk di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling Aktiviti Yang Ditetapkan EIA 2015. Operasi penguatkuasaan secara brsepadu tersebut telah berlangsung pada 22 hingga 26 Februari 2021 yang lalu melibatkan 5 agensi kerajaan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan