Penerangan
Pada 24 hingga 26 Februari 2021 Bahagian Pentadbiran dan Kewangan telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Dokumen bagi Program Kemajuan Kerjaya Laluan Pakar Bidang Khusus Subject Matter Expert (SME) Bil.1/2021. Seramai 30 orang peserta telah menghadiri bengkel ini dari semua Bahagian di Ibu Pejabat. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk menjelaskan kaedah pelaksanaan kemajuan Kerjaya Laluan Pakar Bidang Khusus Subject Matter Expert (SME) bagi mengiktiraf pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang memiliki keupayaan intelektual dan kepakaran yang tinggi, berpengalaman luas dalam bidang kepakaran serta menjadi sumber rujukan dalam dan luar organisasi ke arah memastikan pengekalan bakat terbaik dan berkepakaran tinggi dalam perkhidmatan awam khususnya di JAS.
Wakil pegawai dari Unit SUPREME Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah dijemput untuk menyampaikan taklimat bagi penyediaan dokumen SME. Pegawai yang hadir adalah Azrul Izham bin Hamzah, Timbalan Pengarah, Sektor Penilaian dan Pembangunan, Bahagian Perkhidmatan, Encik Abdul Ghani bin Selbi, Ketua Penolong Pengarah Sektor Penilaian dan Pembangunan dan Encik Nasrul Hakim Bin Ghazali, Penolong Pengarah Sektor Penilaian dan Pembangunan, Bahagian Perkhidmatan JPA.