Penerangan
PERHIMPUNAN PERTAMA BULANAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PAHANG BAGI BULAN MAC 2021
KUANTAN, 05 MAC 2021 - Bertempat di Bilik mesyuarat Anggerik Pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang satu program Perhimpunan Bulanan bagi bulan Mac 2021 dan serta Bacaan yasin bermula jam 8.15 pagi. Perhimpunan dimulakan bacaan doa serta nyanyian lagu Negaraku, lagu Perkhidmatan Awam dan Alam Gemilang. Majlis diteruskan dengan penyampaian amanat dari Tuan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang, Tuan Haji Mohd Sani bin Mat Daud. Beliau mengingatkan pegawai agar terus menjaga SOP dalam melaksanakan tugas seharian bagi membendung penularan Covid 19.
Selain daripada itu turut dilaksanakan ialah penyampaian surat kuasa kepada pegawai baru JAS Pahang.
Mesyuarat dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak KKM dan MKN.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaspahang