Penerangan
PEMBAHARUAN LESEN PEMBAWA YANG DITETAPKAN
BENTONG, 03 MAC 2021 - Kenderaan Pembawa Yang Ditetapkan Buangan Terjadual yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar hendaklah melalui pemeriksaan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia untuk tujuan pembaharuan lesen. Ini bagi memastikan setiap kenderaan pengangkut mematuhi keperluan syarat-syarat lesen seperti penyediaan peralatan kecemasan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini sepanjang proses pengangkutan dan ujian pelepasan asap hitam dari exzos kenderaan.
Pasukan Penguatkuasa JAS Pahang dengan kerjasama JAS Cawangan Temerloh telah menjalankan pemeriksaan kenderaan dan premis PYDT(BT) di daerah Bentong.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaspahang