Penerangan
Tajuk : Rondaan dan pemantauan pencemaran
Tarikh : 03/03/2021(Rabu)
Masa : 5.00 PM- 09.00PM
Lokasi : Sekitar kawasan pertanian Johan Setia , Klang
JAS Selangor melakukan rondaan di sekitar kawasan mudah terbakar, tanah gambut seperti di Johan Setia. Rondaan mencegah pembakaran terbuka ini akan dijalankan setiap hari. Kompaun RM2000 maksimum atau pertuduhan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang mana jika disabitkan kesalahan boleh didenda RM500,000 atau penjara 5 tahun atau kedua-duanya.