Penerangan
28 Februari 2021, PENGKALAN HULU – Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah diteruskan di Daerah Hulu Perak. Tumpuan operasi kali ini adalah di beberapa kawasan yang berpotensi berlakunya pembakaran terbuka.
.
Operasi kali ini telah menemui lokasi yang sedang terbakar di Pengkalan Hulu. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah dipanggil bagi membantu memadamkan pembakaran terbuka tersebut.
Orang awam adalah diingatkan bahawa pembakaran terbuka merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.
.
“Hentikan Pembakaran Terbuka!"