Penerangan
27 Februari 2021- Kuala Terengganu, Terengganu.
Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah menjalankan dua siasatan aduan pembakaran terbuka di sekitar daerah Kuala Terengganu. Satu aduan yang diterima tidak memberikan maklumat yang tepat menyebabkan kesukaran kepada pegawai penguatkuasa menjalankan siasatan.
Pasukan penguatkuasa juga turut menjalankan rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) di sepanjang laluan tersebut mendapati tiada pembakaran terbuka dikesan. Walau bagaimanapun beberapa kawasan telah ditemui yang mempunyai potensi untuk dilakukan pembakaran terbuka. Tindakan proaktif telah diambil dengan memasang sepanduk (banner) larangan pembakaran terbuka di kawasan tersebut.