Penerangan
24 Februari 2021- Kuala Terengganu, Terengganu
Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu di ketuai oleh Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan, Puan Hasra Masrifah binti Wan Jusoh @ Ab. Rahim bersama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penilaian Ibu Pejabat En Mohd Suhaimi bin Azmi dan konsultan dan pemaju pemaju telah mengadakan lawatan tapak bagi cadangan projek bersepadu di Mukim Hulu Terengganu.
Lawatan ini diadakan bagi membantu Jabatan Alam Sekitar melihat dengan lebih jelas tapak cadangan projek ini dan aktiviti-aktiviti di persekitarannya sebagai input dalam meyemak lapoaran Term Of Reference (TOR) bagi cadangan projek ini.