Penerangan
26 Februari 2021- Kuala Terengganu, Kemaman, Terengganu
Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dan Cawangan Kemaman telah berjaya melaksanakan Ops Gempur bermula 22 Februari 2021 dan telah berakhir pada 25 Februari 2021.
Penguatkuasaan ini telah melibatkan 16 orang pegawai dan sebanyak 33 premis telah diperiksa bagi menentukan tahap pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.
Hasil daripada penguatkuasaan ini, sebanyak 33 Field Citation, 3 Notis Arahan dan 6 Kompaun telah dikeluarkan kepada premis yang gagal mematuhi peraturan. Siasatan susulan akan dibuat dari semasa ke semasa ke atas kilang-kilang ini bagi memastikan arahan-arahan yang diberikan diambil tindakan segera.