Penerangan
Bahagian Air dan Marin, Jabatan Alam Sekitar telah diberi peranan untuk menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Alam Sekitar Bil. 2/2021 Secara Maya. Sehubungan itu, satu sesi rakaman `dry-run' telah diadakan pada 25 Februari 2020 bertempat di Bilik Media, Bahagian Komunikasi Strategik, Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat. Perhimpunan Bulanan pada kali ini akan diadakan pada 26 Februari 2021 dan membawa tema "Jom! Tingkatkan Kualiti Sumber Air Kita".