Penerangan
Bahagian Air dan Marin, Jabatan Alam Sekitar telah diberi peranan untuk menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Alam Sekitar Bil. 2/2021 Secara Maya. Sehubungan itu, satu sesi rakaman bagi Slot Amanat Ketua Pengarah Alam Sekitar telah diadakan pada 22 Februari 2020 bertempat di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan, Shah Alam, Selangor. Turut hadir dalam sesi tersebut adalah Pn. Norlin binti Jaafar, Ketua Pengarah Alam Sekitar, En. Mohd. Hidzir bin Bakar, Pengarah Bahagian Air dan Marin, pegawai dari Bahagian Komunikasi Strategik dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor. Perhimpunan Bulanan pada kali ini akan membawa tema "Jom! Tingkatkan Kualiti Sumber Air Kita".