Penerangan
Bahagian Air dan Marin, Jabatan Alam Sekitar telah diberi peranan untuk menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Alam Sekitar Bil. 2/2021 Secara Maya yang akan disiarkan pada 26 Februari 2021. Sehubungan itu, satu sesi latihan pengacaraan majlis secara rakaman telah diadakan pada 24 Februari 2021 bertempat di Bilik Media, Bahagian Komunikasi Strategik, Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat. Turut hadir dalam sesi tersebut adalah urusetia dari Bahagian Komunikasi Strategik dan Bahagian Teknologi Maklumat. Majlis tersebut akan dipengacarakan oleh Pn. Nur Diyana binti Mohd. Isa bersama En. Mohd. Imanul Faiz bin Ismaroni dari Bahagian Air dan Marin. Perhimpunan Bulanan pada kali ini akan membawa tema "Jom! Tingkatkan Kualiti Sumber Air Kita".