Penerangan
05 Februari 2021, Johor Bahru - JAS Negeri Johor terus komited menjalankan pemantauan ke atas PYDT BT semasa cuti hujung minggu bagi memantau aktiviti mencurigakan atau yang berisiko mencemarkan alam sekitar sebelum sambutan tahun baru cina tidak lama lagi.
Pemantauan juga dilakukan di takat pelepasan akhir efluen premis yang telah dikenalpasti berisiko mencemarkan bagi memastikan tiada efluen tidak terawat dilepaskan terus ke dalam longkang awam. Rondaan pemantauan ini adalah bagi memastikan premis PYDT BT sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
JAS sentiasa komited untuk melakukan pemantauan berterusan di kawasan industri bagi menangani isu pencemaran selain memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).