JOHOR BAHRU - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor telah menerima aduan mengenai pencemaran udara.
Siasatan lanjut mendapati bahawa premis gagal untuk patuh kepada syarat lesen. Premis tersebut telah dikenakan tindakan gantung operasi bermula dari tarikh 03 Februari 2021 kerana kegagalan pihak kilang mematuhi syarat-syarat lesen sepenuhnya terutamanya kegagalan untuk memastikan pengurusan buangan terjadual mengikut peraturan serta memastikan pengoperasian kelengkapan alat kawalan pencemaran udara dengan sempurna dan berfungsi dengan baik.
JAS Negeri Johor juga telah mengeluarkan Notis Arahan supaya pihak kilang segera menjalankan kerja-kerja pembaikan bagi mengelakkan pencemaran berterusan. Lesen hanya akan diserah semula jika JAS berpuas hati dengan kerja-kerja pembaikan yang dilaksanakan.
Orang awam boleh melaporkan sebarang aduan pencemaran terus ke talian bebas tol JAS di 1-800-88-2727 atau email ke
[email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my