Penerangan
27 Januari 2021, Skudai : Unit Kontigensi & OMPT Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor optimis bagi mencegah pembakaran terbuka dikawasan tanah gambut daerah Pontian.
Rondaan akan kerap dilakukan sepanjang tempoh PKP ini bagi memastikan tiada sebarang pembakaran terbuka dilakukan dan menyulitkan lagi keadaan.
Selain itu, pemeriksaan terhadap fasiliti tanah gambut seperti sekatan air (check dam) turut dijalankan untuk memastikan fasiliti dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk digunakan apabila perlu.
Orang ramai diseru supaya tidak melakukan pembakaran terbuka. Kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikenakan kompaun RM2,000.00.