Penerangan
25 Januari 2021, JOHOR BAHRU : Jabatan Alam Sekitar dan pihak konsesi PSTW telah bersama-sama menjalankan persampelan kualiti air marin secara manual di bawah program Malaysia-Singapore Joint Committee on the Environment (MSJCE) di perairan timur Selat Johor pada 24 Januari 2021.
Program yang dilaksanakan ini bertujuan untuk mengukur kualiti air di sepanjang perairan timur selat Johor yang bersempadan dengan Singapura. Program ini akan dijalankan secara begilir-gilir di antara Malaysia dan Singapura sepanjang tahun.