PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar

TINDAKAN PANTAS JAS KLUANG MENANGANI ADUAN PENCEMARAN SUNGAI MELANTAI, KLUANG

DOE Johor 25/02/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
TINDAKAN PANTAS JAS KLUANG MENANGANI ADUAN PENCEMARAN SUNGAI MELANTAI, KLUANG
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
25/02/2021
Organisasi
DOE Johor

Penerangan

26 Januari 2021, Selasa: JAS CAW Kluang telah menerima aduan dari Ketua Kampung, En Zailan Kadir pada jam 6.45 petang menyatakan terdapat pencemaran air berwarna hitam di Sg Melantai, Kg Bentong, Kluang. Bertindak atas aduan yang diterima, JAS Caw Kluang telah turun ke lapangan dan mendapati bahawa paip pembentungan dari kawasan perindustrian Taman Sri Kluang ke loji IWK telah pecah disebabkan oleh pergerakan tanah runtuh semasa pasca banjir menyebabkan paip ini sagging(patah) dan efluen mengalir keluar melalui paip tersebut. Tindakan segera yang telah diambil ialah, pihak IWK telah menjalankan : 1. Kerja-kerja roding di dalam paip bagi mengelakan sebarang sumbatan jika ada. 2. Pam di dalam loji rawatan akan dioperasikan secara manual bagi mengurangkan volume influen di dalam paip. Semua kerja-kerja ini sedang dijalankan sehingga pembaikan paip dibaiki sepenuhnya. Pada jam 8.00 malam, efluen yang keluar telah dapat diminimakan dan pemantauan berterusan masih dijalankan. Kerja pembaikan sepenuhnya dijangka siap esok. Pihak JAS Caw Kluang akan terus memantau keadaan ini sehingga pulih seperti sedia kala.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan