Penerangan
KULAI, 25 Januari 2020- Hasil daripada siasatan berdasarkan aduan awam yang diterima oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, sebuah kilang telah dikenakan tindakan penahanan operasi kelengkapan bagi tujuh (7) unit (extruder machines) disebabkan oleh kegagalan alat kawalan pencemaran udara yang terdapat di premis tersebut untuk berfungsi dengan baik. Pihak kilang telah diarahkan untuk segera mengambil langkah kawalan dan pembaikan untuk memastikan tiada lagi pencemaran udara.
Tindakan ini adalah mengikut SOP penguatkuasaan dan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Adalah diingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat mana-mana pihak yang melanggar peruntukan di bawah akta ini.