PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS STATIK BERSEPADU “OPS GERAK” KENDERAAN DIESEL JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR

DOE Selangor 24/02/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS STATIK BERSEPADU “OPS GERAK” KENDERAAN DIESEL JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
24/02/2021
Organisasi
DOE Selangor

Penerangan

Tajuk : Ops Statik bersepadu " Ops Gerak" Tarikh : 23/02/2021(Selasa) Lokasi : Telok Gong Klang Unit Kenderaan Bermotor Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor  telah mengeluarkan tawaran kompaun bagi kesalahan melepaskan asap melebihi had ketumpatan yang dibenarkan iaitu 50% di bawah Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel), 1996 , Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang mengarahkan pemilik kenderaan menjalani ujian semula pelepasan asap di PUSPAKOM dan  Perintah Larangan di bawah Peraturan 12, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel), 1996 kerana melepaskan asap dengan ketumpatan melebihi 70%. Di dalam Operasi bersepadu Ops Gerak yang dijalankan bersama-sama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), IPD Klang Selatan tengahari tadi di Jalan Telok Gong, sejumlah 551 buah kenderaan diesel pelbagai guna yang telah diperhatikan, 85 buah kenderaan telah ditahan untuk diuji pelepasan asap secara visual dan daripada jumlah itu, 20 buah kenderaan diesel diarahkan untuk diuji menggunakan meter asap.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan