Penerangan
JAS Cawangan Bintulu telah menjalankan operasi penguatkuasaan pada 11 hingga 12 Februari 2021 dengan memfokuskan kepada pematuhan pelepasan efluen di kawasan Perindustrian Tanjung Kidurong. Operasi ini sebagai usaha berterusan dan keberadaan JAS semasa musim perayaan Tahun Baru Cina dan juga sepanjang tempoh PKPB berlangsung dalam memastikan pihak industri mematuhi sepenuhnya AKAS 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.