Penerangan
22 Februari 2021, IPOH – Pegawai JAS Perak telah menghadiri mesyuarat penyelarasan pelesenan dan penguatkuasaan bagi premis yang ditetapkan buangan terjadual secara atas talian anjuran Bahagian Bahan Berbahaya, Jabatan Alam Sekitar Putrajaya.
Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), YBrs. Encik Wan Abdul Latiff Bin Wan Jaffar itu antara lain membincangkan perkara-perkara terkini berhubung pelesenan dan penguatkuasaan PYDT BT melalui syarat lesen.