PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TELUK INTAN JALANKAN OPS MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA

DOE Perak 22/02/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TELUK INTAN JALANKAN OPS MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
22/02/2021
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

20 Februari 2021, BAGAN DATUK - JAS Cawangan Teluk Intan telah menjalankan ops pemantauan pembakaran terbuka di sekitar kawasan Bagan Datuk pada hari ini bagi mengesan dan mencegah aktiviti pembakaran terbuka. . Rondaan pemantauan mendapati masih terdapat orang awam yang melakukan pembakaran terbuka di sekitar kediaman mereka. Nasihat dan amaran sudah diberi untuk segera memadamkan pembakaran tersebut. . Sebagai peringatan, pembakaran terbuka merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali. . Semua pihak adalah diminta untuk memastikan tidak cuba melakukan pencemaran dan menjadi mata dan telinga kepada JAS dalam membanteras jenayah alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan