Penerangan
19 Februari 2021, TELUK INTAN - Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, Haji Rosli Bin Zul telah mempengerusikan mesyuarat bersama premis industri di pejabat JAS Cawangan Teluk Intan.
Tumpuan perbincangan adalah perkara-perkara yang melibatkan pembentangan "Air Quality Study" di kawasan sekitar lokasi premis industri berkaitan.
Turut hadir ialah Ketua Cawangan JAS Teluk Intan beserta pegawainya dan wakil premis industri.