Penerangan
19 Februari 2021, TAPAH – Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak bersama IPD Kampar di Perak telah menjalankan sekatan jalanraya dalam satu Operasi Bersepadu di Jalan Ipoh – Tapah.
Operasi yang bermula pada 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari ini melibatkan 4 orang pegawai penguatkuasaan JAS Perak yang diketuai oleh Ketua Cawangan JAS Gopeng, Encik Mohammed Rizal bin Mohd Kamal.
Fokus JAS pada Ops kali ini lebih kepada penguatkuasaan terhadap kenderaan berenjin petrol yang tertakluk dibawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol) 1996.