PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TAIPING PERTINGKATKAN OPS PEMANTAUAN PEMBAKARAN TERBUKA

DOE Perak 18/02/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TAIPING PERTINGKATKAN OPS PEMANTAUAN PEMBAKARAN TERBUKA
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
18/02/2021
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

17 Februari 2021, TAIPING - JAS Cawangan Taiping telah menjalankan ops pemantauan pembakaran terbuka di sekitar kawasan Taiping pada hari ini bagi mengesan dan mencegah aktiviti pembakaran terbuka. . Pihak premis industri diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan melakukan sebarang aktiviti yang boleh mencemarkan alam sekitar seperti pembakaran terbuka. . Pembakaran terbuka merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali. . Semua pihak adalah diminta untuk memastikan tidak cuba melakukan pencemaran dan menjadi mata dan telinga kepada JAS dalam membanteras jenayah alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan