- Tarikh : 15 Februari 2021 (Isnin)
- Masa : 09.00 pagi hingga 11.30 pagi
- Aplikasi : Atas talian melalui pautan zoom
- Majlis Anugerah iSAS ini berlangsung dari Dewan Bankuasi, Aras 26, Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah.
- Dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor, Ketua Menteri Sabah
Wakil daripada JAS Negeri Sabah: PP(K) Suffian Julmohamad
Penganjuran iSAS ini merupakan suatu inisiatif untuk kerajaan negeri bagi menyemarakkan semula pembudayaan inovasi dalam Sektor Awam di Sabah serta menyediakan platform kepada agensi Sektor Awam untuk mengkomersialkan produk inovasi yang telah dihasilkan. Majlis ini dianjurkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Sabah dengan kerjasama Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran).