PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS TAHUN BAHARU CINA 2021 JABATAN ALAM SEKITAR WP LABUAN

DOE WP Labuan 17/02/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS TAHUN BAHARU CINA 2021 JABATAN ALAM SEKITAR WP LABUAN
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
17/02/2021
Organisasi
DOE WP Labuan

Penerangan

LABUAN, 11 – 14 FEBRUARI 2021: Jabatan Alam Sekitar WP Labuan telah menjalankan Ops Tahun Baharu Cina 2021 bermula 11 Februari 2021 sehingga 14 Februari 2021. Operasi selama 4 hari ini menyasarkan penguatkuasaan ke atas premis baharu, siasatan aduan dan rondaan darat di seluruh Pulau Labuan. Hasil penguatkuasaan ke atas premis pada 11 Februari 2021 didapati premis tidak mematuhi Peraturan – Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Pada malam 11 Februari 2021, rondaan darat diadakan bermula pada jam 9 malam hingga 12 tengah malam. Keadaan dan suasana pada ambang Tahun Baharu Cina agak tenang dan sunyi. Tiada sebarang pencemaran dan pembakaran terbuka dikesan. Rondaan darat dan siasatan aduan pembakaran terbuka pada 12 Januari 2021 sehingga 14 Januari 2021 mendapati terdapat beberapa kes pembakaran terbuka di kawasan perumahan, kampung dan sekolah. Amaran dan risalah pembakaran terbuka telah diberikan kepada pelaku - pelaku pembakaran terbuka.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan