Penerangan
Tajuk : OPERASI CATAT DAN KAMERA VIDEO JAS NEGERI PERLIS
Tarikh :1 Februari 2021
Tempat : Simpang Empat, Perlis
Pasukan Unit Kenderaan Bermotor Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah menjalankan operasi catat dan kamera video di Simpang Empat Jalan Kangar – Alor Setar.
Operasi ini memberi tumpuan kepada penguatkuasaan pelepasan asap hitam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.
Sebanyak 52 kenderaan diesel pelbagai jenis telah melalui laluan operasi. Pemerhatian secara visual di jalankan di lokasi-lokasi yang telah dipilih dengan menggunakan kamera video bagi merakam kenderaan diesel yang melepaskan asap hitam secara berlebihan di jalanraya. Kenderaan diesel yang dikesan melepaskan asap hitam yang berlebihan akan diarahkan untuk menjalankan ujian semula di PUSPAKOM di bawah Seksyen 48A, AKAS. Pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan terus dipergiatkan supaya pencemaran terhadap alam sekitar dapat dibendung bagi memastikan kelestarian alam sekitar.